Friday, 18 March 2016

QASEH ziarah... ke premis Stokis QASEH Ipoh

Kami sampai ke rumah stokis bisnes QASEH kami, panngilan mesra mereka Mami dan Pak Tam, di Tambun hampir jam 6 petang. Rasa dah ke rumah mereka lebih dari 3 kali pun boleh tersesat juga hehehe.

Sampai sahaja di hadapan rumah, Pak Tam dan Mami sudah menunggu di muka pintu sambil menjemput kami masuk. Apabila melangkah masuk sahaja... mata saya tertarik melihat ruang produk yang diletakkan di sebelah kiri pintu masuk ini. Tersusun kemas semua produk beserta dgn peralatan bisnes mereka. Mereka ada keep stock dan bukan back-to-back order. Very good bisik hati saya.



Kami terus duduk di ruang tamu bersama Pak Tam dan Mami. Kami pun mula bersembang2 tentang hal keluarga sebelum masuk ke topik bisnes. Masa ini, Mami dah standby dgn buku nota dan dah tertulis soalan2 utk ditanya pada kami. Well prepared!

So kami pun mulakan sesi soal jawab. Mami dan Pak Tam tanya, kami jawab hehehe. Nampak kesungguhan mereka untuk menggali ilmu dan praktikkan.

Terangkan penggunaan QASEH KIT

Demo QASEH KIT

White board pun ada siap utk bantu berikan penjelasan kpd soalan mereka
Setelah meluangkan masa hampir 1 jam bersama mereka, kami pun mohon undur diri. Jam 9:30 mlm kami sepatutnya ada ON-AIR Business Coaching bersama team stokis Jitra. So kami kena standby.

Bergambar di perkarangan hadapan rumah mereka... Pak Tam takder, tolong ambil gambar


Bagi anda yang berada di Ipoh dan kawasan yang berdekatan, bolehlah dapatkan stok QASEH ataupun bertanyakan peluang bisnes QASEH dengan mereka.

Hubungi mereka di http://www.qasehgold.com.my/senarai-stokis-qaseh-gold-rqm/

No comments: