Otw balik kg utk jumpa emak, adik dn saudara2 lain serta ziarah pusara abah & abang.
Sambil ziarah emak di pondok dan hantar duit belanja utk emak... Alhamdulillah. Kami bertiga sahaja hari ini sebab baby Putri masih belum fully recover dari demam, batuk dan selesemanya... risau pula nak bawa dia bersama apatah lagi dgn cuaca yg panas kering sekrg ini. Kakak Mimie dan abg Hakim pun tak ikut juga.
![]() |
Kami bertiga sahaja... |
![]() |
Alhamdulillah jalan xjem dan cuaca sangat2 baik waktu ini..Tq ALLAH |
Sampai di Changkat Jering, kami terus ke tanah perkuburan di Jalan Ayer Kuning untuk menziarahi pusara abah, abang, kakak, adik dan tok wan.
Selepas 15 minit di situ, kami terus berpatah balik ke Changkat Jering semula.
![]() |
Gerai mak saya di Changkat Jering |
![]() |
Gerai ini terletak betul2 sebelum simpang ini |
Jika keluar dari tol Changkat Jering, ambil kiri dan terus sahaja... jumpalah gerai buah2an mak saya ini. Gerai ini lebih familiar dgn nama Gerai Kak Mah... sempena nama mak saya, Fatimah. Pelbagai buah2an, kerepek2, kuih2 tradisional, ikan masin, ikan kering, ikan pekasam dan pelbagai lagi produk tempatan. Hari biasa memang nampak macam lengang jer... tetapi hujung minggu, Sabtu dan Ahad memang meriah... penuh sebab ada pasar minggu di bangunan Pasar Changkat Jering itu.
Masa itu, adik dan anak2 buah sahaja yg ada di situ. Dapat call mak, mak otw balik dari Aulong... isi gas Pajero. So tunggu mak di situ sahaja. Mak tadi dari pondok pengajiannya di Batu 8, Jalan Trong. Semenjak abah tiada, mak memang banyak menghabiskan masanya di situ.
![]() |
Inilah pondok pengajian mak yg dibeli bersama arwah abah |
Namanya pondok tetapi rumah batu kan! Fasa 1 ada dalam sekitar 30 biji rumah, lengkap dgn Masjid besar dan yg cantik.
Selepas hampir 20 minit menunggu, mak pun sampai. Selepas bersalaman dan berbual2... ajak mak makan tengahari. Masa tu pun dah pukul 12 lebih. So, mak pun bg cadangan utk makan di Matang... Ini memang perkara biasa bagi kami sejak dahulu lagi. Sewaktu arwah abah ada pun, setiap kali pulang ke kampung, dia akan bawa ke tempat makan yg special di merata tempat.
So kami pun terus ke Matang... katanya hidangan ikan semilang masak kari panas2. Wooww... rasa terliur dah... perut pun dah lapar kan. Sampai petang, kedai tu tutup pulak. "Takper, kita pergi 1 lagi kat Sg Jaha tu" pujuk mak. Ini betul2 Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) nie bisik hatiku.
So kami pun terus menuju ke sana... Agak jauh juga perjalanan dari situ. Laluan sempit dlm kawasan kampung. Kami tak pernah sampai lagi kawasan nie... Dalam 15 minit, sampai ke destinasi yg dituju. Lega tengok kedai tu buka. Nama kedai nie Selera AZRORASA hehehe
![]() |
Tengok menu dan harganya tu..! |
![]() |
Menu SPECIAL... Ketam Bercili & Kari Semilang Claypot) |
![]() |
Pandangan hadapan kedai Selera Azrorasa |
Kami pun terus order... Haahh, yg bestnya mereka akan masak ikut order kita, maksudnya panas2 lah dan bukannya menu yg dah siap dimasak. Wooww... bestnya! Masa tu dah ramai juga orang yg sedang makan dan ada yg sedang menunggu order mereka.
![]() |
Lepas order... kita selfie dulu |
Kami ke situ dengan mak, dan 3 orang anak buah... kecik2 lagi. Kami mcm biasa, ambil peluang utk update Page, jawab Whatsapp dari Team Support dan customer sambil sembang2 dgn mak. Tiba2, Rifqi menjerit kata... "Ibu, Mohamad mandi sungai!" Memang kedai ini sebelah dgn sungai... Itu yg menjadi daya tarikannya. Masa kami sampai pun dah ada beberapa org budak yg sdang mandi sungai.
![]() |
Nampak 2 org yg sedang panjat naik tu...Itulah 2 org anak buah yg dah terjun sungai |
![]() |
Syioknya depa mandi yea panas2 nie |
![]() |
Rifqi & seorg lagi anak buah hanya memerhati saja |
Budak kampung dah biasa sangat dengan suasana begini... sebab itu mereka ini lebih tahan lasak. Rifqi tidak biasa dan ia perkara asing baginya. So, dia jadi pemerhati sahajalah.
Hampir 1 jam juga menunggu hidangan siap. Bau kari dari dapur menusuk hidung menjadikan perut terasa lebih lapor huhuhu. Orang yang datang semakin ramai. Kedengaran juga bualan telefon pembantu kedai dgn pelanggan yg sedang mencari lokasi kedai. Hebat kan? Kedai di kawasan pendalaman.. tapi customer dtg mencari. Mesti sedap masakannya fikirku.
![]() |
Menu ketam masak sup |
![]() |
Menu ikan semilang goreng |
![]() |
Menu ketam masak cili |
![]() |
Menu ikan semilang masak kari dalam claypot |
![]() |
Ikan masin goreng & sayur kailan ikan masin |
Wooww... perut lapar, makan pula masakan panas2... memg terasa nikmatnya hehehe. Semua tak cukup sepinggan nasi... bertambah semuanya. Anak2 buah yg mandi sungai tu lagi lah kan... lepas mandi makan, memang sedap sangat. Overall, masakan sedap dan persekitaran kedai yang damai & tenang... sambil dihiburkan dengan keletah budak2 mandi sungai.
Kalau korang terasa nak pergi kedai ini, better call dulu... nie saya berikan info:
SELESA AZRORASA
0135184479
0135332253
058412004
Selepas makan, kami pun terus meneruskan perjalanan ke Changkat Jering semula. Sebelum itu, singgah dahulu ke pondok mak saya untuk salin pakaian anak2 buah yg habis basah kuyup mandi sungai tadi.
Setiba di Changkat Jering, mak siapkan macam2 sbg buah tangan utk bawa balik. Perkara biasalah nie... Kalau boleh biar penuh kereta hehehe. So selepas settle, kami pun bersalaman utk teruskan perjalanan.
OTW balik kami terus ke Kuala Kangsar pula. Nak beli laksa kuala Pak Ngah yang famous tu untuk dibawa balik. Kedainya terletak di belakang sekolah Cina di Kuala Kangsar tu.
![]() |
Nampak kan muka ceria sebab hajat tercapai.... hehehe |
Selepas siap order, kami teruskan perjalanan melalui tol Kuala Kangsar. Kami berhenti di situ utk ke tandas dan solat dahulu. Selesai di situ, kami mesej Mami (stokis bisnes Qaseh kami di Tambun, Ipoh)... katanya mereka ada di rumah. So kami pun teruskan perjalanan ke sana. Sajer nak ziarah mereka dah kebetulan lalu nie.
No comments:
Post a Comment