Kata orang… tak kenal maka tak
cinta kan?
Tulis plak cerita nie sambil dengar background music dari filem Dilwale... hahaha
Baik… saya mula mengenali jenama
ANA ini sekitar tahun 2007 yang lepas (9 tahun lepas tu!). Masa tu ada kuliah
agama di surau di tmn perumahan saya, Surau Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Seingat saya kuliah sempena sambutan Maulidur Rasul. Kuliah disampaikan oleh
Koordinator Pemasaran ANA pada ketika itu, Ustaz Azri. Antara pengisian utama
Ustaz adalah kepentingan mencari pemakanan yang bukan sahaja Halal tetapi Halal
lagi baik (Halaalan Thoyyiban). Surau pada waktu itu masih lagi dalam proses
pembinaan… banyaklah kekurangannya lagi. Suasana penuh dengan rasa kedinginan dek
hujan lebat yg turun mengiringi kuliah pada malam itu.
Selesai kuliah dan solat Isyak
berjemaah, pembantu Ustaz Azri sudah mula mempamerkan sebahagian produk ANA
untuk jualan. Sempatlah saya menjenguk produk yang ada… antaranya ubat gigi dan
brg keperluan rumah yg lain. Saya pun terus berlalu pulang ke rumah dengan
fikiran masih teringatkan apa yg Ustaz sampaikan sewaktu kuliah tadi. Terdetik
dlm hati, dah boleh mula berhijrah kpd produk2 keluaran sykt Muslim nie.
TROBEK sikit… Semenjak berpindah
ke kediaman baru ini pada tahun 2004, famili saya kerap sakit terutamanya
anak2. Amat merungsingkan. Anak 2 orang waktu itu, yg sulong berumur 10 tahun
dan yg kedua berumur 6 tahun. Akhirnya saya dan isteri perasan, mungkin
disebabkan kualiti air minum dari air paip yang kotor! Kami tiada penapis air.
Hurrmmm… amat merisaukan. Nak beli system penapis air… mahal harganya, tak
mampu. Tidak boleh sekadar berdiam diri, kami tetap perlu bertindak. Kami pun
ke pekan Seri Kembangan, cari2 penapis air yg murah pastinya… Belilah single
filter jenama National rasanya. Ya-ALLAH, nmpk betul kekotoran air paip yg kami
minum selama ini, kuning berkarat! Takutnya
Kami masih tidak berpuas hati dgn
filter tersebut… takut melihat keadaanya yg sekejap shj bertukar kotor… kuning,
hitam berkarat! Perlu cari alternative lain nie. Sewaktu di opis, saya teringat
ttg sykt ANA yg saya kenali di surau tu. Google… Yes, jumpa website sykt ANA
tu. Browse website tu dan ternmpk ada Sistem Penapis Air… harganya RM699
sahaja. Woww! Boleh nie dlm fikiran saya... walaupun tak mampu sebenarnya tapi
murah dah nie. Mana nak dapat dengan harga tu jika di pasaran. Saya catatkan
semua info yg perlu, no tel & alamat pejabat.
Hari Isnin, 13/8/2007… saya buat keputusan utk ke pejabat ANA. Di sana, sekali lagi saya berjumpa dgn Ustaz Azri, Alhamdulillah. Selepas kenalkan diri, dia mempelawa saya duduk dan mula menerangkan ttg Sistem Penapis Air yg saya cari tu. Alhamdulillah… memuaskan hati saya apatah lagi harganya yg jauh lebih murah dari yg ada di pasaran. Teringat lagi waktu pertemuan itu… saya dihidangkan dgn secawan Rindu Café… wooww aromanya, pasti sedap. Takder rzqy nak merasa sebab hari tu saya berpuasa sunat hehehe
Ust Azri juga menerangkan ttg
produk QASEH… baru juga dikeluarkan pada waktu itu. Ust ceritakan formulasinya
yg padat dgn makanan Sunnah. Hurrmm… menarik produk QASEH nie. Namun jauh di
sudut hati… tak mampu saya nak beli sistem penapis air dan produk QASEH sekali.
Tapi setelah dipujuk akhirnya saya bersetuju… join Ahli kemudian beli Sistem
Penapis Air, QASEH KEKANDA & ADINDA, ubat gigi dan beberapa produk lain
(tak ingat daaa)… terima qaseh kpd kad kreditku yg masih boleh digunakan. Maka secara rasmi berdaftarlah
saya sbg AHLI ANA pada tarikh 13/8/2007 (dulu dipanggil AHLI tetapi sekrg RAKANIAGA
yea!)... Alhamdulillah, dlm hati sentiasa berdoa agar inilah hijrahku utk
menjadi lebih baik… Sykt 100% bumiputra Islam, produk dgn formulasi makanan
Sunnah dan 1 lagi lupa nak cerita… Masa itu Duta sykt Ana Edar ini adalah
pasangan pendakwah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wak Akashah. Saya
dan isteri memang minat serta kagum dgn kepetahan Ustazah waktu berikan ceramah
etc. Dlm hati ada tmn… bolehlah berjumpa dgn mereka suatu hari nanti fikirku.
Maka bermulalah alkisah kami sekeluarga
menggunakan air paip yg BERTAPIS… LEBIH BERSIH & BERKHASIAT dgn Sistem
Penapis Air yg baru, Alhamdulillah. QASEH KEKANDA & ADINDA pun kami mula
amalkan… sebelum ini tak pernah pun amalkan apa2 suplemen!
Cerita sikit… isteri saya, Iza memg ada masalah hb rendah, migraine & resdung yg boleh dikatakan teruk juga. Pernah mencuba rawatan tradisional, pernah check di Hospital pakar di Ipoh dan pernah buat MRI di SJMC lagi. Sama jer… doc pun advise makan pain killer jer. Bayangkanlah waktu migraine datang, goyang kepala sikit pun rasa sakit.
Selepas 1-2 minggu amalkan QASEH
ADINDA, bibir Iza jadi kering dan pecah2… Risaulah dia kan. Tapi itu semua healing
crisis dan sebab kurang minum air. Dia nak berhenti makan QASEH ADINDA tu tapi
saya pujuk utk dia teruskan… Dlm hati terasa terror juga aku pujuk. Alhamdulillah masalah
tersebut beransur hilang dan QASEH ADINDA semakin serasi dengan sistem badannya.
Dalam tempoh 3-4 minggu amalkan QASEH
ADINDA, Iza baru perasan yg dia dah lama tak kena migraine. Kalau adapun
pening2 sikit… biasa2 jer dan tak perlu ambil pain killer seperti biasa. Wooww…
Syukur Alhamdulillah! Dah nampak keberkesanannya dlm fikiran saya. Mcm saya
pula, minggu pertama amalkan QASEH KEKANDA ni… jadi mengantuk yg amat sangat! Drive
pun boleh tido rasanya. Layan jer… teruskan makan dan syukur Alhamdulillah selepas
tempoh healing crisis itu badan terasa lebih CERGAS & BERTENAGA. QASEH dah
mula serasi dengan sistem badan kami nampaknya.
Dari situlah bermula kami
sebarkan akan manfaat QASEH ini kepada orang lain. Yg paling dekat biasalah family
dulu kan… kemudian kawan2 & jiran2. Syukur Alhamdulillah… testimoni
demi testimoni positive yg kami terima saban hari. Itu semua faktor yg menjadikan
kami lebih yakin dgn produk QASEH dan sangat teruja utk berkongsikan manfaatnya
dgn seramai yg mungkin.
Inilah kisah QASEH pandang
pertamaku!
SM
14/03/2016
![]() |
QASEH KEKANDA & ADINDA 1st Edition |
Menjadi MC untuk forum bersama Dato' Ustazah Siti No Bahyah, Ustaz Wan Akshah dan moderator Ustaz Azri |
Forum bersama Dato' Ustazah Siti No Bahyah, Ustaz Wan Akshah dan moderator Ustaz Azri. Di belakang, Cikgu Rozali selaku Pengerusi Surau |
Iza bersama Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah, ibu & arwah bapa mertua. |
Bagi anda yang masih belum berQASEH, mulakan sekarang sebagai langkah penjagaan kesihatan buat kita sekeluarga. TIDAK SAKIT, TIDAK SEMESTINYA SIHAT!
Untuk info QASEH... anda boleh layari http://www.qasehgold.com.my/kenapa-qaseh/
No comments:
Post a Comment