Friday, 18 March 2016

QASEH ziarah... ke premis Stokis QASEH Ipoh

Kami sampai ke rumah stokis bisnes QASEH kami, panngilan mesra mereka Mami dan Pak Tam, di Tambun hampir jam 6 petang. Rasa dah ke rumah mereka lebih dari 3 kali pun boleh tersesat juga hehehe.

Sampai sahaja di hadapan rumah, Pak Tam dan Mami sudah menunggu di muka pintu sambil menjemput kami masuk. Apabila melangkah masuk sahaja... mata saya tertarik melihat ruang produk yang diletakkan di sebelah kiri pintu masuk ini. Tersusun kemas semua produk beserta dgn peralatan bisnes mereka. Mereka ada keep stock dan bukan back-to-back order. Very good bisik hati saya.



Kami terus duduk di ruang tamu bersama Pak Tam dan Mami. Kami pun mula bersembang2 tentang hal keluarga sebelum masuk ke topik bisnes. Masa ini, Mami dah standby dgn buku nota dan dah tertulis soalan2 utk ditanya pada kami. Well prepared!

So kami pun mulakan sesi soal jawab. Mami dan Pak Tam tanya, kami jawab hehehe. Nampak kesungguhan mereka untuk menggali ilmu dan praktikkan.

Terangkan penggunaan QASEH KIT

Demo QASEH KIT

White board pun ada siap utk bantu berikan penjelasan kpd soalan mereka
Setelah meluangkan masa hampir 1 jam bersama mereka, kami pun mohon undur diri. Jam 9:30 mlm kami sepatutnya ada ON-AIR Business Coaching bersama team stokis Jitra. So kami kena standby.

Bergambar di perkarangan hadapan rumah mereka... Pak Tam takder, tolong ambil gambar


Bagi anda yang berada di Ipoh dan kawasan yang berdekatan, bolehlah dapatkan stok QASEH ataupun bertanyakan peluang bisnes QASEH dengan mereka.

Hubungi mereka di http://www.qasehgold.com.my/senarai-stokis-qaseh-gold-rqm/

Thursday, 17 March 2016

QASEH... mula berhasil

Syukur Alhamdulillah… testimoni demi testimoni positif dari pengguna produk QASEH yg diterima sgt mengujakan dan lantas menjadikan kami lebih berani, yakin dan tekad untuk terus berkongsikan manfaatnya dengan lebih ramai orang.

Hasil sharing manfaat Qaseh… dapatlah hasilnya. Selain daripada UNTUNG RUNCIT, ada BONUS rupanya! Tak tahulah pulak. Dapatlah 1st cheque… RM2.50, hurrmmm korang mesti senyum sinis dengar angka nie kan? Alhamdulillah rzqy tu… siapa nak bagi kan?

Alhamdulillah Iza, seorang isteri yang sangat memahami dan menyokong penuh untuk teruskan bisnes ini. Dia pulak memang jenis peramah, memang satu kelebihan untuk bantu buat promosi. Kami saling bertukar2 idea bisnes utk impan yg lebih baik. Kami terus berkongsikan manfaat QASEH ini… seronok dapat jual produk sykt 100% bumiputra Islam dan berasaskan makanan Sunnah pula tu. Entahlah… dah jiwa kami mcm tu, seronok sangat bila pengguna ceritakan testimoni mereka. Bulan kedua, dapat lagi cheque… sudah naik maaa, dapatlah RM1xx (tak ingat dah exact amount). Alhamdulillah… Eehh boleh sangat nie buat duit dgn bisnes ini bisik hai saya. Dah lama tunggu peluang mcm nie kan? Mungkinkah ini peluang yg ditunggu2 selama ini? Byk company2 lain di luar sana… tapi mcm tak berkenan tapi dengan produk QASEH ini, perasaannya nyata berbeza. Bonus semakin naik dan naik. Wooow… memang awesome! Hasil kerja susah selama ini dan kini dpt income setahun almost RM1 juta ok kan? Matlamat yang BESAR akan membawa kepada tindakan yang BESAR… maka hasilnya juga BESAR. Sepertimana kata IK dalam slot FB Marketing tempohari, 3 kunci kejayaan iaitu FOKUS, ILMU BARU & BUAT KERJA SUSAH. Jatuh dalam bisnes adalah perkara biasa. Yang luar biasa adalah bila jatuh, tak bangkit2!



1st program… ala2 home party gitu buat di rumah saya. Jemput kenalan dan jiran2 di tmn perumahan kami ini. Program dibuat pagi… dapatlah kumpul dalam 10 orang. Saya jemput Ustaz Azri utk buat presentation masa tu. Alhamdulillah feedback dan sambutan yg baik. Lepas program… acara kemuncak, MAKAN TIME hehehe. Rasanya Iza buat nasi ayam utk jamuan makan tengahari. Alhamdulillah, rzqy utk dikongsi bersama.





Sedikit demi sedikit saya belajar dari presentation Ustaz Azri dan program2 di HQ pada masa itu. Kali ke2… rasanya saya arangekan program untuk salah seorg downline saya dari Bkt Rahman Putra, Sg Buloh. Program dibuat di dewan di kawasan kediamannya. So, ini program kali ke2 dah bersama Ustaz Azri.




Huurrmm… saya merasakan saya perlu berdikari. Sampai bila saya perlu bergantung kepada Ustaz Azri atau oraang lain jika mahu mengorak langkah lebih jauh lagi. Nak dijadikan cerita, selang beberapa hari, ada seorang downline kami di Puchong nak aturkan program di Kampung Batu 14 Puchong. OK… peluang bagi saya untuk belajar buat program sendiri bisik hati saya.

Tiba masanya, saya dan Iza pun ke sana, di rumah salah seorang kawan kpd downline saya, seorang Ustaz dengan jemputan lebih kurang 10 orang juga masa itu. Saya terus bersiap membuka notebook untuk melihat slide yang ada… tapi masa itu saya tiada projector seperti yg selalu Ustaz Azri guna. Selepas buka majlis, saya pun teruskan dgn penerangan produk QASEH. Degupan jantung semakin kencang… nervous pun ada sepanjang presentation. 1st time kan! Saya nie pula memg dari jenis pemalu… Asal malu jer, telinga tukar jadi merah! Hahaha… Staff lama di ANA mcm Kak Zakiah memg cukup kenal dgn saya dan Iza sejak mula join. Dah lah begitu, aku jelah pulak  yg tengok slide, diorang tengok muka aku jer kan? Namun hasilnya, laris juga jualan… Alhamdulillah. Saya merasa seakan tidak puas dgn presentation itu sebab tidak cukup perkakasan… tiada projector.

Saya bincang dgn Iza dan dia juga setuju… Kami perlu ada projector utk mudahkan prospek mendapatkan info dan penerangan dgn  lebih jelas. Jadi kami hentikan dahulu program home party tetapi fokus kepada perjumpaan santai, group kecil… jadi buat penerangan dgn share manfaat QASEH dan testimoni2. Alhamdulillah… hasil duit bonus, kumpul2 dapatlah kami beli projector, tripod screen dan speaker set yg kami mahukan… Pelaburan hampir RM3K juga tu! Semuanya demi mengejar kepuasan dan kejayaan yang diimpikan.


Projector HITACHI hasil dari bisnes Qaseh... masih digunakan sehingga kini

Tripod Projector Screen... masih digunakan sehingga kini


Mulai saat itu, kami terus giat sarankan downline2 kami utk aturkan program. Merata pelusuk kampung, tempat dan negeri kami pergi untuk buat home party. Sebelum terlupa, dahulu program ini diberikan nama MAKA – Majlis Keluarga ANA kemudian ditukar kpd MASKA – Majlis Silaturrahim Keluarga ANA. Setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad itulah pengisiannya. Saya bekerja 5 hari seminggu… Sabtu & Ahad pula dgn home party. Masa rehat..? Kami korbankan masa rehat itu untuk kejar kejayaan… Sepertimana quote Robert Kiyosaki, maksudnya lebih kurang begini “Jika kita boleh korbankan masa rehat kita sekarang, maka kita boleh menikmati kehidupan yang lebih baik di masa hadapan dengan lebih pantas”
Alhamdulillah… ia memang terbukti!














Kalau korang nak tahu, di ANA dahulu suasananya bukanlah seperti sekarang. Kami antara yang mudalah masa tu… Yg lain majoritinya agak senior… senang korang nak faham, ala makcik2 dan pakcik2 gitu. Ingat lagi waktu mula bergiat aktif, attend program di hq… bila berjumpa mereka sahaja mereka akan mula berkerumun pada kami. Mulalah diajukan dgn pelbagai soalan2 cepumas hehehe. Yg paling diingati atau paling win… “Macam mana boleh join ANA nie yea?” Boleh bayangkan bagaimana perasaan kami di kala itu? Hahaha

Bersama dengan sebahagian daripada Leaders bisnes Qaseh


Keadaan itu lama kelamaan menjadi biasa bagi kami dan kami hormati mereka sebg senior. Namun jauh di sudut hati kami agak terkilan mengapa syarikat ANA tidak seperti syarikat lain… maksudnya kurang penyertaan dari golongan muda-mudi. Dari rasa terkilan itu, kami berdua berazam… bertekad utk ubah suasana atau keadaan itu. Itu juga menjadi antara faktor pendorong kpd kami utk terus gandakan recruitment di kalangan golongan muda-mudi.

Alhamdulillah penerimaan produk QASEH semakin baik… maksudnya bisnes pun semakin baik juga. Kami mengorak langkah setapak demi setapak dari AHLI biasa (13.08.2007) kepada Stokis PP (26.12.2007) kemudian Stokis PPW (01.07.2008) sebelum ke Stokis PPN (01.10.2009) sehingga kini. Kami bermula dari bawah… modal? Yea modal bisnes semakin meningkat… kami bukanlah senang dan berduit! Tapi disebabkan kemahuan yg tinggi… pasti ada jalannya. Guna kad kredit dan brg kemas Iza… emas 916 kan boleh pajak! Jadi itulah yg byk membantu kami sbg modal permulaan. Di samping itu, keuntungan dari untung runcit dan bonus, sebhg besarnya kami jadikan modal pusingan utk besarkan modal. Ada juga saya gunakan kemahiran atau skil saya dalam IT consultancy utk buat part time services… Dapatlah juga income tambahan di situ. Tak perlu buat pinjaman pun!

Pada saya, modal itu adalah soal kedua selepas kemahuan atau keinginan kita yang jelas untuk mencapai matlamat kita. Kami ikuti semua program2 latihan yg diadakan… dah mcm sekolah bagi kami utk belajar ttg bisnes QASEH ini.

Alhamdulillah… masa berlalu begitu pantas. Dari zaman pasangan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah menjadi Duta selama 3 tahun, kemudian diikuti dgn kumpulan Rabbani 1 tahun sebelum Ustaz Haslin Baharim sehingga kini. Apa yg kami berdua harapkan suatu ketika dahulu sewaktu mula join utk melihat lebih ramai golongan muda-mudi menyertai bisnes ini sudah menjadi realiti. Keadaan dlm bisnes QASEH sekrg seakan sudah melalui suatu proses transformasi. Rasanya anda semua boleh lihat sendiri, kini ramai golongan muda-mudi sudah mula berebut buat bisnes QASEH. Sebab apa? Hehehe… bisnes QASEH ini adalah LUBUK DUIT!



OK… cerita sikitlah pencapaian awal kami yea. Kualiti kehidupan kami semakin ketara dgn bisnes QASEH ini. Dah lama saya minat kereta BMW E46… Selepas hampir 2 tahun buat bisnes QASEH, Alhamdulillah tercapai juga impian saya itu. Masa itu, nak bawa kereta BMW tu ke opis pun segan sebab boss pun tak pakai BMW! Pakailah juga Proton Wira kesayanganku hehehe. BMW itu masih ada sampai sekrg walaupun byk masanya berehat dlm garage di rumah shj… ada sentimental value gitu. Kemudian impian kereta ke2 pula, Toyota Alphard… tahun 2010 tercapai. Lagi target nak bawa family pergi bercuti overseas… Alhamdulillah dpt ke Bandung sebelum kami sekeluarga pergi menunaikan Umrah (Umrah antara target awal kami bila buat bisnes ini). Nak harapkan duit gaji kerja seorang, memg taklah. Lain-lain tempat percutian yg dah pergi… Gold Coast Australia, Istanbul Turki, Singapore (byk kali dah), Krabi Thailand dan mengerjakan Umrah dgn pakej VVIP pada bulan Ramadhan tahun 2015 yg lalu… tunaikan hajat saya dan arwah bapa mertua saya. Pergi bertiga masa itu, saya, arwah bapa & ibu mertua. Iza masih dlm berpantang, kelahiran Putri Nur Aisyah. Saya akan ceritakan trip Umrah ini nanti… cerita syahdu sebab bapa mertua saya meninggal seminggu selepas pulang dari mengerjakan Umrah dan seminggu sebelum hari lebaran, Hari Raya Aidilfitri.

Kereta impian @ BMW E46  M-Sports (Japan Specs)


Kereta impian @ Toyota Alphard 2.4G (Japan Specs)
Impian mengerjakan Umrah bersama keluarga



Impian percutian @ Gold Coast, Australia






Hasil shopping... rzqy untuk dikongsi dengan yang lain
Impian percutian @ Krabi, Thailand




Impian percutian @ Turki





Percutian percuma melalui Overseas Trip Award bisnes Qaseh pun ada… Umrah tahun 2009 & 2010, ke Disneyland tahun 2014 dan Bandung tahun 2015. Dapat renovate rumah utk keselesaaan keluarga. Dapat sales award pada MAJP 2009 – Stokis PPW Terbaik dan MAPA 2010 – Stokis PPN Terbaik, Pencapai Tabung Kereta & Pencapai Bonus Jemaah Infiniti.

Bersama TEAM RQM bercuti ke Bandung, Indonesia
Anugerah Stokis PPW Terbaik @ MAPJ 2009

Anugerah Tabung Kereta ANA @ MAPA 2010

Anugerah Tabung Kereta ANA @ MAPA 2010

Anugerah PPN Terbaik @ MAPA 2010

Anugerah Jutawan Platinum @ Malam Ektravaganza 2014


Perasan kan pakaian yang saya pakai masa MAJP 2009 dgn MAPA 2010 tu? Saya selalu melihat bisnes lain kemas dan nampak professional jer dgn coat… atas sebab itu MAPA 2010 saya beranikan diri utk lakukan perubahan, berubah pakai coat. The only one yang pakai! Apa yang saya NAK, saya buat dulu sbg contoh. Anda boleh lihat majlis2 anugerah selepas2 itu… Lebih menarik dan professional kan?

Masa berlalu begitu pantas… rangkaian bisnes saya juga semakin berkembang. Sebelum bisnes, nak ada saving RM100 pun payah… dengan bisnes, nak ada saving 6 angka pun boleh. Nak pakai barangan branded – LV, Gucci, Salvatore Ferragamo, Hackett mcm2 lagilah, boleh. Nak makan tmpt high class, boleh. Nak duduk hotel 5-6 bintang, boleh. Nak pi overseas setiap tahun, boleh. Nak beli emas buat saving, boleh. In Shaa ALLAH byk perkara yg dahulu IMPOSSIBLE kini POSSIBLE. Bukankah ada 1 hadis Nabi SAW yg selalu digunakan sbg motivasi…”9/10 punca rzqy itu adalah dari perniagaan”. Betul kan? Siapa yg dah ada bisnes pasti dpt merasai pengalaman ini sendiri.

Saya bukanlah nak mengungkit rzqy saya sewaktu bekerja… Semua ada hikmahnya. Dunia bekerja adalah ibarat institusi pendidikan yg sgt berharga buat saya. Byk pengalaman yg saya perolehi yg boleh saya gunakan dlm bisnes dan kehidupan seharian. Saya cuma nak terangkan bagaimana pilihan yg kami buat hampir 9 tahun lepas utk fokus kpd bisnes QASEH ini mampu mengubah kualiti kehidupan kami sekeluarga malahan bukan kami sahaja… ramai lagi rakaniaga2 dlm bisnes QASEH ini. Biar mulakan bisnes separuh masa tetapi sepenuh hati.

Pada saya, pokok pangkalnya adalah KOMITMEN atau KESANGGUPAN kita sendiri. Baik kita bekerja makan gaji atau bisnes sendiri, kita sebenarnya BEKERJA SENDIRI. Maksudnya, SIKAP atau ATTITUDE kita yg tentukan hasil yg luar biasa… baik bekerja mahupun bisnes. Waktu saya bekerja juga saya bekerja all-out, mcm ada share dlm company hehehe sebab saya pentingkan kepuasan… Hasil yg memuaskan hati saya dan org2 lain yg terlibat. Saya bukan kaki kipas, aircond etc… tapi Alhamdulillah org disekeliling saya nmpak apa yg saya buat dan dari situlah hadirnya penghargaan dgn sendiri. Dan saat yg paling best lagi apabila org lain sendiri yg akan inform boss bgmana prestasi kerja kita. Bukan harapkan penghargaan… tapi semua itu menjadi suatu kepuasan dan pendorong utk terus komited dlm kerja yg diberikan. Dengan SIKAP atau ATTITUDE begitu, campaklah di mana sahaja… kita boleh jadi yg TERBAIK! In Shaa ALLAH.

Secara ringkasnya, core values dari sharing ini yg mungkin boleh membantu anda yang lain untuk terus maju dalam bisnes QASEH ini...
  1. MATLAMAT
  2. PROAKTIF
  3. PENGURUSAN MASA
  4. KOMITMEN
  5. KESANGGUPAN atau WILLINGNESS
  6. KEBOLEHAN atau CAPABILITY
  7. FOKUS
  8. ILMU
  9. KEYAKINAN
  10. BUAT KERJA SUSAH












Jadi, jika anda sedang mencari peluang bisnes, pertimbangkan bisnes QASEH ini...
  1. Syarikat 100% bumiputra Islam sejak tahun 1983
  2. Produk dengan formulasi makanan Sunnah
  3. Pelan pemasaran yang patuh syariah – Pengerusi syariah Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)
  4. Modal RENDAH
  5. Income UNLIMITED
  6. Latihan bisnes bersepadu
  7. TEAM support yg ENERGETIC!

Saya dan TEAM komited utk membantu anda berjaya dalam bisnes QASEH ini… TAK TAHU bisnes tak mengapa, yg penting anda MAHU!

1